percintaan kau & aku~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 5, 2011

tips dari kak beba ~

Bagi yang sudah merancang untuk berkahwin buat masa terdekat ini sudah tentu segala persediaan untuk kenduri-kendara, gubahan hantaran, kad kahwin dan segalanya tu sudah hampir selesaikan..tapi apakah pula persediaan anda untuk malam pertama? Bersediakah anda? hehe..:D Sukalah saya nak kongsi tips malam pertama dengan anda. Malam pertama ni, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin baru. Yelah, apa-apa pon yang kita buat pertama kali mestilah ade perasaan cuak, takut dan sebagainya. Ketegangan bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan itu kadangkala sama sahaja. Masing-masing pon ada kerisauan sendiri. Si Teruna takut pancit setengah jalan ke, takut-takut En. Z tak mahu berdiri dan sebagainya. Bagi si Dara pula terngiang-ngiang kata-kata kawan-kawan dan makcik-makcik yang suka memberi nasihat percuma tentang hubungan rumahtangga. Apa-apa pon di bawah ni ada sedikit tips untuk kita kongsi bersama.

Suasana – Lilin aromatheraphy, lampu malap (jangan pakai lampu lip-lap plak..:D), taburan bunga ros di atas katil atau apa-apa sajalah yang boleh membina suasana yang tenang dan romantik. Anda mahukan persekitaran yang sunyi ataupon pasang lagu yang berentak perlahan.
Bersih dan segarkan diri - Seharian pasangan pengantin berjalan ke sana sini melayan kawan-kawan dan saudara-mara, tentulah berpeluh dan keletihan. Jadi sebelum melayari malam pertama anda, semestinya kenalah mandi untuk segarkan badan dan wangi-wangi. Jangan lupa berus gigi! :D
Pakaian – Kena pakai ke? :p Mestilah..hehe..lagi-lagi la pengantin perempuan. Inilah masanya nak pakai pakaian malam/lingerie yang cantik-cantik tu. Masa sebelum kahwin tak ada siapa nak ditayang. Sesuatu yang tersorok tu lebih menarik minat lelaki untuk meng’explore’ anda. Sedikit wangian yang lembut pon bagus juga.
Tenangkan diri – Tak perlulah anda tergesa-gesa. Takkan lari gunung dikejar, anda akan hidup lama bersama dengan pasangan anda. Jadi bak kata orang la ‘savor the moment’. Jadikan malam pertama anda, satu kenangan yang tak boleh dilupakan.
Mulakan dengan sentuhan – Buat pertama kali, masing-masing pon masih tak berpengalaman jadi apa kata mulakan dengan sentuhan yang lembut, belaian ke seluruh tubuh. Berkenalan la dulu..:p
Nikmat bersama – Untuk menikmati keseronokan malam pertama bersama-sama, anda dan pasangan perlulah saling bekerjasama. Kebiasaannya memang si suami yang mengetuai tapi si isteri juga boleh memainkan peranan dengan cara menuntun tangan suami ke arah bahagian yang si isteri sukai.
Sakit? tak lah.. – Kebanyakan wanita merasa sakit di bahagian bawahnya ketika berhubunganan untuk yang pertama kali. Apa yang penting ialah ‘lubrication‘ yang cukup. Kepada si suami sila pastikan isteri anda sudah cukup bersedia sebelum anda bermula.
Jangan berpura-pura - Ramai wanita berpura-pura kepuasan hanya untuk tidak mengecewakan si suami. Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kerana untuk jangka masa panjang berkemungkinan akan timbul masalah dalam perhubungan anda dan menjadikan anda dingin terhadap hubungan intim.
Beri dorongan – Tidak semua berjaya melayari malam pertama dengan cemerlang. Berkemungkinan kerana stress, tiada pengalaman dan juga sudah melalui hari yang meletihkan. Tak perlu kecewa, esok masih ada..:D
Tidur? Nanti dulu – Selepas berhubungan sebaiknya janganlah terus tidur tanpa berkata apa-apa. Peluklah pasangan anda, katakan betapa beruntungnya dapat hidup bersama dengannya, dan sebagainya. Tak perlulah panjang-panjang, cakap ‘ I Love You‘ pon dah cukup kot..:D Saya harap dengan tips yang tak seberapa ni dapatlah anda melayari malam pertama anda dengan jayanya..:D
Antara rujukan yang bagus untuk anda baca sebagai persediaan untuk malam pertama :

2 comments:

  1. baru nak hadiahkan lampu lip-lap-lip-lap... baru la mlm pertama dung-dung-cheeeey! HAHAHA

    ReplyDelete
  2. hoyeh2 kan...hahahaaaa...pastu cii omot tunggu kat tepi katil nk geget

    ReplyDelete