percintaan kau & aku~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 1, 2011

petua wajah berseri ~

SIAPA yang tidak inginkan kulit yang sentiasa kelihatan muda dan cantik? Ada beberapa kaedah yang boleh dijadikan panduan untuk membantu anda mendapatkan kulit diingini. Antaranya:
> Melindungi kulit daripada matahari cukup penting kerana ia membantu mencegah masalah penuaan kulit. Penggunaan bahan pelindung kulit sekurang-kurangnya bahan mengandungi SPF 15 berserta pemakaian topi atau kaca mata pelindung cahaya matahari boleh membantu mengurangkan masalah penuaan kulit.
> Elakkan merokok kerana kulit boleh terjejas akibat karbon monoksida dan nikotin dalam sistem peredaran darah sekali gus menghalang tisu kulit daripada memperoleh oksigen dan khasiat penting diperlukan.
> Rajin bersenam kerana ia membantu meningkatkan penampilan, membina keyakinan, membentuk tubuh dan melambatkan proses penuaan. Senaman juga membantu mengekalkan peredaran darah yang baik, menenangkan saraf dan membolehkan anda tidur lebih lena.
> Air cukup penting untuk mengekalkan kelembapan pada kulit malah kekurangan air daripada kulit salah satu punca kulit berkedut.
Seseorang yang memiliki gaya hidup sederhana memerlukan enam hingga lapan gelas air jernih dan bersih setiap hari tetapi cuaca panas serta senaman memerlukan seseorang meningkatkan pengambilan jumlah air.
Harus diingat, air seperti teh, kopi dan jus tidak dapat menggantikan fungsi air masak yang jernih ini.
> Pengambilan makanan juga harus seimbang di samping meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makanan disertai vitamin C misalnya cukup elok untuk membantu membina kolagen dalam tubuh. Vitamin B juga penting kerana ia membantu mempercepatkan luka sembuh serta mencegah kulit kering, berkeping dan berminyak.
Vitamin A dalam sayuran hijau, buah-buahan dan telur membantu mencegah kedutan pramatang manakala vitamin D dalam susu membantu menangani petanda psoriasis.
> Bayangkan jika anda sering mengerutkan dahi atau muncung sepanjang hari, wajah lebih mudah membentuk garisan halus dan kedutan pada mata hinggalah ke bahagian mulut. Justeru, usah lupa tersenyum kerana ia baik untuk penampilan riak wajah yang menarik malah mungkin membantu

No comments:

Post a Comment